Tegur-Nya Bukan Baru Bermula
Synopsis
Kumpulan puisi "Tegur-Nya Bukan Baru Bermula" ini merupakan himpunan sajak saya dalam jangka masa beberapa tahun ini secara kontemporari. Sajak-sajak ini mencetuskan perisa dan perasa daripada pengalaman hidup saya setelah mengalami transisi profesion yang tidak dijangka. Daripada tugas-tugas seharian saya yang baharu, saya telah menemui dan menemukan keterbezaan dalam usaha memartabatkan bahasa dan sastera. Memang benar, kehidupan itu pentas dan pengalaman itu skrip dalam fragmen kehidupan. Maka, sajak-sajak ini merupakan suatu bentuk akal pemikiran baharu yang secara langsung dipertemukan dengan keindahan bahasa.
Kali ini, saya telah menghidangkan sajak-sajak dengan garapan 5 tema yang berbeza dan bukan lagi menjurus kepada monotema sahaja. “Alam”, “Penyair dan Kepenyairan”, “Tokoh”, “Kemanusiaan”, dan “Cinta”. Daripada keresahan hinggalah penerobosan identiti, daripada pemujaan tokoh hinggalah pengecaman nilai-nilai kemanusiaan, saya yakin sajak-sajak kali ini pasti tidak mengecewakan para pembaca. Saya masih setia berada di atas pentas persembahan puisi bagi menjunjung nilai sastera Melayu yang agung. Cuma kali ini, jauh terbeza sekali haruman kematangan yang mekar dari setiap cerucuk karya saya ini.