TEGUR-NYA BUKAN BARU BERMULA

Authors

TEO WEI SING
0129286770

Keywords:

himpunan puisi, sastera, tegur-nya bukan baru bermula

Synopsis

Tegur-Nya Bukan Baru Bermula ialah sebuah perjalanan jiwa melalui untaian kata yang penuh makna. Diracik daripada pengalaman hidup nyata, kumpulan puisi ini menghadirkan sebuah transformasi seorang penulis yang menemukan jati diri dalam dunia sastera.

Melalui lima tema utama; "Alam", "Penyair dan Kepenyairan", "Tokoh", "Kemanusiaan", dan "Cinta", penulis mengajak pembaca untuk menyelami kedalaman jiwa dan fikirannya. Daripada keresahan sehingga penemuan dan daripada pujian sehingga kritikan, setiap bait puisi menjadi cerminan perjalanan hidup yang penuh dinamik.

Chapters

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

TEO WEI SING, 0129286770

BIODATA

Nama           : TEO WEI SING

Gelaran        : ENCIK

Jawatan       : PEGAWAI KHAS KEPADA KDPM TENGKU MAHKOTA PAHANG

Alamat         : PEJABAT KDPB SULTAN PAHANG, 26600, PEKAN, PAHANG.

Nombor        : 012-9286770

Telefon

E-mel           : teoweising@gmail.com

 

TEO WEI SING yang merupakan Munsyi Dewan (Bahasa) 2021 dan Munsyi Dewan (Sastera) 2022 kini memegang jawatan sebagai Pegawai Khas (Pendidikan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina) kepada KDPM Tengku Mahkota Pahang. Beliau pernah bertugas sebagai seorang guru bahasa dan kesusasteraan Melayu di SMK Teluk Chempedak dan di SMJK Tanah Puteh, Kuantan. Sebelum memulakan kariernya sebagai guru Bahasa Melayu, beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah subjek Kenegaraan Malaysia di Kolej Taylor pada tahun 2007. Anak jati Pahang ini juga merupakan mantan pensyarah sambilan Open University of Malaysia (OUM) di samping merupakan deklamator jemputan yang aktif sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Beliau pernah mewakili negara Malaysia mendeklamasikan sajak Melayu di ibu pejabat UNESCO di Paris, Perancis sekali gus menerbitkan kumpulan puisi tribahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis) yang bertajuk <Sejiwa> untuk dibawa ke negara Perancis sebagai bekalan mempromosikan kesusasteraan Melayu di peringkat global. Jumlah karya buku puisi beliau adalah sebanyak 10 buah manakala penulisannya dalam buku akademik kegunaan murid-murid sekolah menengah adalah melebihi 80 buah. Sajaknya yang berjudul ”Erti Hidup Bererti” merupakan sajak pilihan dalam buku teks KOMSAS tingkatan lima.

tegur-nya bukan baru bermula

Published

4 January 2025

Categories

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-967-5485-94-7

Physical Dimensions