Submissions
Submission Preparation Checklist
Panduan Penulisan Manuskrip
- Manuskrip dalam bahasa Melayu sahaja.
- Manuskrip karya asli boleh dihantar dalam bentuk softcopy atau salinan hardcopy untuk tujuan penilaian, dan surat izin terbit untuk menerbitkan buku perlu dihantar ke PENA.
- Nama, gelaran, jawatan, alamat penuh, nombor telefon, dan butir-butir mengenai penulis perlu disertakan pada salah satu halaman hadapan manuskrip.
- Manuskrip perlu ditaip pada kertas putih bersaiz A4 sahaja, langkau dua baris, menggunakan jenis taip Times New Roman atau Arial bersaiz 12.
- Penulis tidak boleh menghantar manuskrip yang telah ditulis oleh penulis lain atau manuskrip yang telah diterbitkan oleh media cetak, media elektronik atau lain-lain bentuk terbitan.
- Melampirkan bibliografi pada bahagian akhir manuskrip (jika ada).
Panduan Gaya Penerbitan
Garis panduan umum:
- Nada: Profesional, berilmiah, dan jelas.
- Khalayak sasaran: Sasterawan, cendekiawan, ahli akademik, dan profesional dalam bidang berkaitan.
- Perisian: Microsoft Word.
Gaya:
- Format manuskrip: Langkau dua (2) baris (double space), saiz fon 12 pt (Times New Roman atau Arial diutamakan).
- Petikan dan Rujukan: Gaya Dewan Edisi Keempat.
- Bahasa: Tatabahasa Dewan.
Standard/Piawaian Penerbitan:
- Pengindeksan penerbitan jurnal: Matlamat bagi mengindeks dalam pangkalan data yang utama, termasuk MyJurnal, Google Scholar, MyCite, dan Scopus.
- ISBN: Mendapatkan Nombor Buku Piawaian Antarabangsa atau International Standard Book Number (ISBN) untuk semua penerbitan buku atau e-ISBN berserta kod bar (barcode) bagi penerbitan buku berbentuk digital daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Minimum ketebalan buku sebanyak 38 muka surat bagi mendapatkan ISBN.
- ISSN: Mendapatkan Nombor Bersiri Piawaian Antarabangsa atau International Standard Serial Number (ISSN) untuk semua penerbitan berkala (risalah, jurnal, buletin, dan lain) atau e-ISSN berserta kod bar (barcode) bagi penerbitan berkala berbentuk digital daripada Perpustakaan Negara Malaysia.
- Data CIP: Mendapatkan data Pengkatalogan dalam Penerbitan atau Cataloguing in Publication (CIP) untuk semua penerbitan buku, yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
- Penilaian:
- Jawatankuasa yang dilantik menilai sesebuah manuskrip yang diterbitkan oleh PENA merupakan pakar dalam bidang / perkara yang dinilai.
- Jawatankuasa Pemilihan Judul Buku PENA-MALAYSIA MADANI berhak menolak dan melarang mana-mana manuskrip yang dipercayai mempunyai elemen yang bertentangan dengan dasar Kerajaan Malaysia atau boleh membawa serta menjejaskan nama baik PENA daripada diterbitkan.
- Penetapan nama penulis, editor, penterjemah, penyusun, pengarang bersama, ilustrator, dan lain-lain:
- Penetapan nama ini bagi tujuan dimasukkan di kulit buku, Perjanjian Penerbitan, dan CIP.
- Penulis/Pengarang: Individu yang pada asalnya menulis sepenuhnya isi kandungan buku terbabit.
- Editor: Individu yang bertanggungjawab mengawasi proses pra-penerbitan buku, termasuk dari aspek seperti tatabahasa dan pematuhan kepada gaya penerbitan.
- Penterjemah: Individu yang mengalih bahasa isi kandungan daripada satu bahasa kepada bahasa lain dengan memastikan ketepatan dan mengekalkan makna asal.
- Penyusun: Individu yang mengumpul dan menyusun isi kandungan buku, seperti fakta atau petikan, menjadi satu manuskrip yang lengkap.
- Penulis/Pengarang bersama: Dua atau lebih individu yang menyumbang secara signifikan kepada penulisan isi kandungan dan berkongsi hak cipta pengarang.
- Ilustrator: Individu yang menghasilkan rekaan visual, seperti lukisan, lukisan, atau gambar rajah, bagi melengkapkan isi kandungan manuskrip.
Copyright Notice
Hak cipta Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menetapkan bahawa, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan setiap buku terbitan PENA dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), 961-7, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Perjanjian Penerbitan yang dimeterai antara penulis dan PENA adalah sah dan mengikat bagi tempoh lima (5) tahun berkuat kuasa dari tarikh perjanjian tersebut dimeterai.
Privacy Statement
The names and email addresses entered in this press site will be used exclusively for the stated purposes of this press and will not be made available for any other purpose or to any other party.