Kumpulan puisi LELAKI YANG KECICIRAN LIDAH: -
Synopsis
Kumpulan puisi ini menghimpunkan 66 buah sajak yang ditulis antara 2015 – 2024 (turut diselitkan sebuah sajak daripada arkib yang dihasilkan 40 tahun dahulu [1984] dengan sedikit penambah-baikan). 21 buah daripadanya pernah tersiar di pelbagai akhbar dan majalah tempatan.
Berdasarkan subjek-subjek yang diangkat, kompilasi ini dibahagikan kepada 4 subtopik: Kurungan 1 - Serumpun Rumbia, membawa isu-isu alam dan persekitaran yang menyumbangkan impak seputar kehidupan diri (individual) dan masyarat sekeliling.
Kurungan 2 – Hibernasi; sejumlah metafora mengungkapkan suara dalaman (Nurani) dan sepintas lalu menyentuh hal-hal keagamaan. Kurungan 3 – Lelaki Yang Keciciran Lidah, cuba menyuarakan sedikit sebanyak kritikan sosio-budaya tanah air. Kurungan 4- Yang Berdiri Di Hadapan Itu, secara relatifnya merupakan sajak-sajak yang agak Panjang. Setengah pihak menamakan sebagai sajak-sajak podium atau sajak auditorium, sesuai untuk dibaca/ dideklamasikan dihadapan khalayak. Dihasikan khusus untuk sambutan perayaan/ hari kebesaran tertentu seperti Hari Guru, Kemerdekaan, hari Pekerja, termasuk penghargaan/ mengenang tokoh-tokoh tertentu.
Turut disertakan 2 buah sajak yang pernah memenangi hadiah utama dalam siri Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2015 dan 2017. (rujuk catatan kaki pada sajak-sajak berkenaan).