LELAKI YANG KECICIRAN LIDAH

Authors

ZAIN IDRIS AT-TOBIARI

Keywords:

kumpulan puisi, sastera, puisi, pena, zain idris at-tobiari

Synopsis

Unsur alam dan persekitaran seakan mengasosiasi lewat isu-isu, persoalan, simbol, dan metafora sebahagian besar sajak dalam naskhah ini.

Namun begitu, penyajak tidak pula menyisihkan diri terhadap permasalahan sosiopolitik tanah air. Isu ekonomi, kemiskinan, pengabaian, penipuan, penindasan; tidak pernah terlepas daripada radar kepenyairan beliau; sebagaimana terungkap dalam laporan panel penilai Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU), ketika mengangkat puisi yang menjuduli naskhah ini, Lelaki yang Keciciran Lidah (Mingguan Malaysia, 22 Januari 2017), selaku penerima Hadiah Utama Kategori Puisi, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017.

Imej pengemis dan sesumpah yang diwatakkan kepada lelaki yang ‘keciciran lidah’ itu memperlihatkan watak-watak manusia yang sanggup melakukan apa saja untuk kelangsungan hidup.

Puisi ini dibina dengan kesan sinikal yang tajam, ditujukan kepada kalangan masyarakat yang tidak berpegangan kepada pendirian dan tidak setia kepada kejujuran. Karya ini dapat dikaitkan dengan sikap pemimpin yang hanya pandai berjanji, tapi gagal mengotakan kata-kata ... tersirat melalui frasa yang berperlambangan, tanpa lidah, tetapi lelaki itu masih mahukan suara untuk terus berkata-kata ... namun hanya pandai menukar warna pada lain suasana....”

Naskhah yang menghimpunkan sejumlah 66 buah puisi ini turut mendukung tema dan naratif kekeluargaan, kasih-sayang, bisikan nurani, bintik-bintik renungan, keagamaan, patriotisme serta rakaman penghargaan kepada tokoh tertentu khususnya terhadap insan-insan berjasa. Amat wajar dimiliki sebagai koleksi arkib puisi bagi pencinta sastera tanah air.

Chapters

Downloads

Download data is not yet available.
lelaki yang keciciran lidah

Forthcoming

27 December 2024

Categories

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-967-5485-84-8

Physical Dimensions