LINGKARAN SUNYI
Keywords:
puisi, kumpulan puisi, penyair, hilmi rinduSynopsis
Lingkaran Sunyi merupakan cetusan rasa keinsafan diri penyair dalam mencari erti perjalanan hidup yang diredai Allah SWT. Ia bermula dengan memilih pengajaran daripada jala ilmu yang ditebarkan oleh para dai di masjid atau musala serta daripada kitab dan buku-buku pendidikan agama. Inti daripada sekian banyak pemahaman yang tertangkap itu sebahagiannya terlepas mengalir dalam fikiran dan perasaan lalu diterjemahkan menjadi puisi.
Hakikatnya, dalam kehidupan ini hanya mempunyai satu pilihan. Daripada pelbagai seruan untuk memilih dan pilihan yang tepat adalah amar akruf dan nahi mungkar. Selainnya adalah kabur, keliru, serta membinasakan.
Kelahiran kumpulan puisi ini jga diharap bertepatan dengan hasrat dan cita-cita kita semua untuk menjadikan kehidupan yang sekejap di sini terlingkung dalam kehidupan yang harmoni, berpandu arah, dan bersama-sama memperkasakan masyarakat madani.