SANG PENDEBAT
Keywords:
novel remaja, novel, sastera, pena, sang pendebat, nur afirahSynopsis
Ari, gadis pendiam dan tidak ada ramai kawan. Dia hanya berkawan rapat dengan Imani sahaja. Siapa sangka, dia ingin melawan ketakutan dan bina keyakinan diri dengan menyertai pasukan debat KONTRA yang diketuai Luth.
Faliq, tekong sepak takraw dan juga pendebat terbaik yang digeruni pasukan musuh tradisi. Tangkas melibas di gelanggang dan hebat mematahkan hujah lawan di arena debat ala parlimen. Sentiasa serius dan fokus apa-apa saja yang dikerjakan.
Awalnya, Ari tidak terpilih untuk masuk ke dalam pasukan debat. Sehinggalah Kina telah melakukan perkara memalukan sekolah dan dia dibuang daripada mewakili acara itu lagi. Ari menggantikan tempat Kina hingga menyebabkan mereka menjadi musuh.
Ternyata setelah menyertai pasukan debat dan melihat kewibawaan ketiga-tiga rakannya menjadikan Ari semakin tidak yakin dengan kebolehan diri. Bolehkah seorang pendiam dan penakut ini menyampaikan hujah di hadapan khalayak ramai?