DI NEGERI ULAT
Keywords:
kumpulan puisi, sastera, di negeri ulat, abham t.rSynopsis
Kumpulan Puisi Di Negeri Ulat adalah karya terkini Abham T.R, penulis dari Kelantan. Beliau mula menulis sejak tahun 1960-an sehingga sekarang. Ini bererti lebih 50 tahun atau lebih lima dekad, beliau menceburkan diri dalam dunia penulisan yang penuh dengan kesepian. Beliau boleh bertahan dalam dunia penulisan disebabkan hubungan dengan penulis-penulis tanah air begitu akrab melalui persatuan yang diceburi, iaitu Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) bermula tahun 1973 sehingga sekarang, selama 51 tahun. Di samping itu, sebagai badan kerabat Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), hubungan dengan penulis di peringkat kebangsaan juga sebagai satu dorongan untuk Abham menulis. Adalah diharapkan dengan membaca Kumpulan Puisi Di Negeri Ulat, pembaca mendapat pengalaman baharu dan maklumat sejarah. Nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang diterap dalam karya seni boleh melembutkan perasaan dan menginsafkan nurani.