DARI SERPIHAN NYANYIAN
Keywords:
kumpulan puisi, sastera, dari serpihan nyanyianSynopsis
Kumpulan Puisi Dari Serpihan Nyanyian menghimpunkan 52 buah karya. Lim Swee Tin melalui himpunan ini mengangkat secara umumnya pemikiran kemanusiaan yang diketengahkan melalui pengucapan seni sastera penuh wibawa. Sebagai penyair berpengalaman, Lim ternyata mengalirkan banyak alur kreativitinya dalam menyaring idea daripada pengalaman dan sekelilingnya lalu dituang ke dalam karya.
Bahasa Lim tidak dapat diragukan lagi. Keindahan estetiknya begitu jernih dari sebuah karya ke sebuah karya yang lain; tenang, juga kuat berimpak.
Kumpulan Puisi Dari Serpihan Nyanyian ini mampu memberikan kepuasan kepada khalayak yang mendambakan puisi-puisi yang mendalam serta bererti.