DARI JAMBU RIAS KE CONAKRY
Keywords:
kumpulan cerpen, travelog, sastera, dari jambu rias ke conakrySynopsis
NF Abdul Manaf menulis dengan nada kesedaran dan paparan sejarah , terkukuh dengan pendirian sebagai wanita Muslim yang tahu akan hak dan peranannya. Cerpen-cerpennya terhembus angin segar, dengan penceritaan yang mengalir, dibubuh sikap empati, terhidang sekelumit pengalaman, dibaluti sebingkis pengajaran, dan dikibar seluas pandangan.
Dr. Azhar Ibrahim Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura
Cerita yang ditulis ialah mutiara kehidupan yang tidak pura-pura, ikhlas, dan benar. Ceritanya menyentuh setiap detik hidup sang pengelana, mendendangkan lagu kehidupan , yang runtun, yang rawan, yang indah, yang kesima
Profesor Emeritus Dr. Che Husna Azhari Penulis dan Budayawan, Bang
Koleksi ini bukan sekadar membawa pembaca melancong dari negara ke negara, dan kola ke kola. Lebih daripada itu, ia mengundang pembaca mengenali tokoh-tokoh sejarah dan merenung beberapa karya pengarang agung . Sesungguhnya, ia tepat mencerminkan pengarangnya sebagai seorang tokoh akademik yang peka terhadap isu kesejahteraan manusia
Profesor Emeritus Dato' Seri Dr. Md. Salleh Yaapar Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Dari Jambu Rias ke Conakry menawarkan perjalanan pelbagai watak dengan konflik masing-masing . Setiap tempat mempunyai pengaruh psikologi , menjelmakan ketegangan antara kemodenan dan kerohanian, persoalan nilai kekayaan duniawi, menyerlahkan landskap trauma sejarah dan identiti pascakolonial , dan menjadi metafora untuk konfrontasi peribadi dengan ketidakstabilan dan perubahan
Profesor Dalin Dr. Ruzy Suliza Hashim Universiti Ekonomi dan Sains Kemanusiaan, Warsaw, Poland