
OMBAK DENDAM TANAH SELATAN
Keywords:
Bugis , Johor , SejarahSynopsis
Awal kurun ke-18, anak Raja Bugis lima bersaudara berketurunan La Maddusalat mengembara dengan perahu-perahu besar ke bahagian barat Nusantara terutama di laut-laut sekeliling Semenanjung Tanah Melayu dan di Kepulauan Riau untuk meluaskan pengaruh dan kuasa di luar tanah Makassar, Sulawesi Selatan. Pulau Siantan dijadikan tempat kekuatan sebelum bertapak dan berkuasa di tempat-tempat lain. Penglibatan anak Raja Bugis dengan Johor bermula ketika anak Raja Minangkabau iaitu Raja Kecil yang juga waris Marhum Mangkat Dijulang, Sultan Mahmud Shah II, mempelawa mereka dalam pakatan menakluk Johor. Walau bagaimanapun, pakatan itu tidak menjadi apabila Raja Kecil berjaya menakluk Johor hanya dengan bantuan perantau Minangkabau dan sokongan Orang Johor. Raja Sulaiman, anak kepada Sultan Johor ke-11, Sultan Abdul Jalil Shah IV kemudian membuat pakatan dengan anak Raja Bugis untuk mendapatkan kembali Johor dari tangan Raja Kecil dengan perjanjian menjadikan salah seorang anak Raja Bugis sebagai Yamtuan Muda Johor. Episod penaklukan Johor oleh Raja Kecil selepas 1718 telah memberi kesan langsung dalam pentadbiran politik Johor bila mana bermulanya penglibatan anak Raja Bugis dalam pentadbirannya. Novel Ombak Dendam Tanah Selatan membawa pembaca mengimbau pergolakan yang berlaku ketika itu secara kronologi.
Downloads