SINAR IKTIBAR
Keywords:
sastera, pandemik, covid-19, kumpulan puisiSynopsis
Sinar Iktibar ini menonjolkan nilai pengajaran, akhlak, dan moral yang cuba dlalui oleh anak-anak remaja, begitu juga kasih sayang dalam kalangan keluarga khususnya ibu bapa, pergolakan jiwa remaja, hormat-menghormati,mencintai ilmu, dan sebagainya. Penulis turut menonjolkan gambaran anak-anak remaja Palestin yang jauh lebih malang berbanding dengan kehidupan kita di negara merdeka ini. Semua ini diharap dapat memberikan manfaat kepada anak-anak remaja sebagai pembaca sasaran. Namun, kumpulan puisi inijuga sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Pengalaman penulis sebagai pendidik, cuba menyelami dan memahami telatah remaja di sekolah menengah yang masih memerlukan perhatian. Beliau memberanikan diri untuk mencuba sesuatu yang boleh meremajakan puisi dari aspek bahasa tanpa mengabaikan nilai estetiknya.