KEINDAHAN LIRIK LAGU RAKYAT ETNIK RUNGUS
Keywords:
penulisan tentang tradisi lisan, umum, sasteraSynopsis
Tradisi lisan Borneo tidak kurang indahnya dengan mana-mana lisan di dunia ini. Profesor Dr. GN Apppell pengkaji dari Amerika Syarikat pernah mengatakan bahawa: " Terdapat sastera lisan yang telah terbangun ke tahap yang tinggi dan luar biasa keindahannya di Sabah yang didapati dalam kalangan semua suku-suku asli. Sementara kewujudannya diiktiraf banyak pihak, kepentingannya sering tidak diberikan perhatian, dan ia tidak didokumentasikan dengan baik. Sebahagian daripada sastera ini adalah berasakan kepada sembahyang dan dikir yang digunakan dalam kitaran pertanian , dalam percintaan dan perkahwinan, dalam menyembuh penyakit, dan dalam melindungi dan memperbaharui kesuburan wilayah di kampung. Ia sepenuhnya sama indah dan sofistikated, dari segi imejan puisi, ia seperti Saga-Saga Norse Lama, epik-epik Homer, dan sastera dari India. Demikian jugalah, dari segi nilai-nilai estetika, ia setaraf dengan mana-mana sastera agung dunia."