BALADA NEGERI INI
Keywords:
kumpulan puisi, sastera, balada negeri ini, cintaSynopsis
"Tangannya berwadah janj dipateri bibir ke bibir menongkah perli, menjawab cerca di ujung tanah bersuara tak sabar pengantin menggendong anak nenek mahu menimang cucu sebelum mati."
Mencintai puisi seperti jatuh cinta pandang pertama kepada sang gadis yang mempunyai senyuman manis, mata bundar, dan pinggul yang menggiurkan. Namun, dalam naskhah ini, saya menghidangkan puisi berbentuk kisah manusia yang ada di sekitar, dengan nada sinisme, ironi, satira, balada, himne, oda,dan sedikit ketuhanan.
Walau apa-apa pun alasannya, puisi ini lain daripada yang lain, kerana berani menampilkan kebenaran berkata-kata. Kata-kata yang bukan sekadar berbicara tentang hidup, tetapi sorotan sikap manusia marhaen dan kapitalis.