ANGIN DEWA MUDA
Keywords:
sastera, kumpulan drama pentas, angin dewa muda, kesenian dan kesusasteraan, dikir baratSynopsis
Fairul Pujangga ialah penulis drama pentas yang berada dalam “kelasnya” yang tersendiri. Beliau terdedah kepada segala bentuk drama dan teater pelbagai aliran atau gagasan, namun apabila berkarya, masih mampu memperlihatkan gaya dan arahnya yang jelas. Pengalamannya yang banyak sebagai pelakon dan pengarah teater memberikan kelebihan kepada penulis ini, kerana lebih memahami sifat dan ciri-ciri medium pentas atau teater.
Kumpulan drama Angin Dewa Muda ini adalah bukti bagaimana Fairul Pujangga berjaya memaparkan pengalaman dan pemahamannya yang ketara dalam bidang penulisan naskhah. Kemampuannya bukan sekadar berhasil menulis skrip drama dengan struktur yang betul lagi tepat, tetapi lebih daripada itu, menampakkan kepekaan dan ketelitiannya kepada pemilihan sumber naratifnya.
Kumpulan drama pentas ini tidak dinafikan akan diterima sebagai sebuah khazanah kesusasteraan yang bernilai, di samping tersedia sebagai bahan mentah untuk medium teater yang menjadi matlamat utamanya ditulis. Sebagai genre sastera, drama-drama dalam pelbagai bentuk ini memperlihatkan kemahiran dan kemampuan penulisnya dalam menukangi naskhah, justeru bidang ini sudah menjadi sebahagian daripada dunia dan kehidupannya.
ZAKARIA ARIFFIN
Penerima SEA Write Award 2001
Downloads
