PENDETA ZA'BA: DALAM GURINDAM, SYAIR, PANTUN, DAN SAJAK
Keywords:
kumpulan puisi, sajak, gurindam, syair, pantun, sastera, za'ba, mahaya mohd. yassin, pendeta za'baSynopsis
Ilmu dan ibrah Pendeta Za'ba
Semarakkanlah sentiasa
Tadikan azimat perkasa
Perjuangan bahasa kebangsaan kita.
-Mahaya Mohd. Yassin
Kumpulan Puisi Remaja Pendeta Za'ba menghimpunkan 56 buah gurindam, syair, pantun, dan sajak. Semua puisi ini dijadikan wadah pemerolehan maklumat, ilmu, adab, dan kebijaksanaan bagi golongan remaja, pelapis kepimpinan negara. Elemen-elemen inilah yang mekar bertitip melalui puisi, rencana dan kritikan Pendeta Za'ba, ahli fikir, suri teladan, dan patriotik bangsa.
Keempat-empat jenis puisi dihidangkan serentak agar menggugah rohani minda, emosi, dan psikologi golongan sasaran. Oleh itu, mereka sekali gus dapat memahami dan membandingbezakan bentuk, ciri, dan kriteria jenis-jenis puisi tersebut. Semua nilai tambah ini turut membantu kepesatan kemajuan masyarakat madani, insya-Allah.
Downloads
