GERAK PUISI DALAM ARUS DIGITAL - PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA KE-12
Keywords:
sastera, kumpulan esei sidang kemuncak pertemuan penyair nusantara xii (ke-12), pena, esei, mohamad saleeh rahamad, norhayati ab. rahman, kumpulan eseiSynopsis
KUMPULAN ESEI PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA KE-12: GERAK PUISI DALAM ARUS DIGITAL menghimpunkan makalah daripada sarjana dan penyair Nusantara yang bergabung dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur pada 13–15 Oktober 2023. Tema pertemuan, “Luka, Cinta Damai” terlalu abstrak, tetapi dengan sendirinya membuka ruang yang luas untuk ditanggapi pemakalahnya dengan mata fikir masing-masing.
Sesuai dengan perjalanan zaman yang menyaksikan perkembangan teknologi digital begitu pesat, perbincangan banyak menjurus ke arah kesan rempuhannya terhadap sastera, khususnya puisi.
Pemakalah dari Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam, Singapura, dan Thailand memberikan perspektif setiap negara yang bagus untuk difahami semua penulis. Sastera tetap dengan roh kehalusan adab dan keindahan mantiknya, walaupun teknologi berkembang deras tanpa kawalan. Sasterawan rantau Alam Melayu ini akan memperoleh manfaat daripada lalu lintas komunikasi yang begitu lebar.
Downloads
