DI BAWAH POHON CHINAR
Keywords:
Kumpulan Puisi, puisi, rositah ibrahim, di bawah pohon chinar, pena, sasteraSynopsis
Di Bawah Pohon Chinar
Daun chinar
Satu-satu, disentuh angin
Luruh. Dikunyah musim
Jingga, garing – seperti roti
Berkeping-keping
Ibu canai setiap pagi
Menikmati keindahan alam mengasyikkan, tetapi jangan lupa getir yang tersembunyi. Bertolak daripada pemerhatian terhadap unsur-unsur alam, maka kata-kata menemukan rangkaiannya untuk menilai kembali secara mendalam soal kehidupan dan kemanusiaan. Dalam naskah ini, penyair memunggah renungan, pengamatan, pemikiran, penghayatan, dan persoalan untuk difikirkan. Penyair mengajak pembaca untuk sama-sama membina hasrat, menginsafi kekurangan sebagai hamba, menyintai keindahan, dan menjaga milik warisan. Tentunya ada juga waktu terhenyak oleh pilu dan rindu. Selain itu, terdapat sejumlah sajak yang terhasil daripada kesan pengalaman peribadi penyair semasa berkunjung ke tempat asing. Manakala sebagai pelukis pula, pengalaman dalam kegiatan seni visual turut terakam melalui kata.
Downloads
