SRI PANGGUNG: PAWAGAM TERAKHIR

Authors

RAFIZAN BAHARUM RB ARBI
Personal

Keywords:

novel, novel remaja, sastera, rafizan baharum, pena

Synopsis

Sarah, seorang vlogger muda yang penuh semangat dan cinta terhadap filem klasik telah kembali ke kampung keluarganya di Taiping. Dia mendapati pawagam warisan keluarganya, Sri Panggung berada di ambang penutupan. Pawagam lama ini bukan sekadar tempat untuk menayangkan filem, malah turut menyimpan pelbagai memori yang dirakam oleh datuknya bertahun-tahun dan menjadi arkib kenangan hidup penduduk kampung.

          Tersentuh dengan legasi tersebut, Sarah bekerjasama dengan Aiman, seorang pemuda kampung dan datuknya, Tok Amran yang turut meminati seni penceritaan. Tok Amran ialah penjaga setia Sri Panggung yang juga sahabat lama datuknya.

          Sewaktu Sarah menemui gulungan filem yang merakamkan perkahwinan, perayaan dan momen harian yang sederhana, dia mula sedar bahawa Sri Panggung bukan sekadar bangunan, tetapi simbol penceritaan manusia – tempat memori dan identiti kampung disimpan dan dijaga.

          Dengan menyunting filem dan tayangan khas untuk komuniti, Sarah menghidupkan kembali semangat penduduk terhadap Sri Panggung, membuktikan bahawa cerita, terutama yang menghubungkan kita dengan masa lalu perlu dihargai dan dilindungi.

          Melalui usahanya, Sarah bukan sahaja dapat menyelamatkan pawagam itu, tetapi juga mengingatkan semua orang bahawa selagi Sri Panggung terus berdiri, kisah dan kenangan mereka akan tetap hidup.

Downloads

Download data is not yet available.
 sri panggung : pawagam terakhir

Published

6 July 2025

Categories

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-7760-34-6

Physical Dimensions