DENGARLAH CERITA
Keywords:
kumpulan drama pentas, sastera, lagu rakyat, pencemaran, kemiskinanSynopsis
Kumpulan Skrip Drama Pentas Dengarlah Cerita merupakan himpunan tiga buah drama yang dihasilkan oleh Dayangku Mastura. Drama Dengarlah Cerita adalah reaksi pengarang terhadap kebimbangan mengenai masa depan nyanyian rakyat masyarakat Melayu Brurnei yang semakin menyepi. Realitinya tokoh- tokoh yang mendendangkan nyanyian rakyat semakin berkurangan dan sambutan dingin generasi muda terhadap nyanyian rakyat menjadi cabaran utama dalam melestarikan nyanyian rakyat Nyanyian rakyat wajar diwarisi kerana kewibawaan nilai intelektual dan sebagai identiti sesuatu bangsa.
Hakikatnya, kehidupan ini melalui beberapa fasa yang boleh berpengaruh membentuk peribadi seseorang. Kehidupan adalah sebuah pentas lakonan kerana sikap dan pemikiran manusia boleh berubah atas nama kelangsungan hidup. Pintu membawa perlambangan "Pintu" sebagai transisi daripada watak sebenar kepada watak lakonan, Isu pencemaran alam sekitar sikap pemimpin yang gila kuasa dan masalah keruntuhan akhlak diangkat dalam drama ini.
"Seteguh Bakau" berpusat pada tema kemasyarakatan berlatarkan kehidupan di luar bandar. Kehidupan semakin mencabar apabila ada pihak yang sering mengambil kesempatan. Kemiskinan menjadi isu yang dekat dengan masyarakat luar bandar tetapi kesedaran sikap menitikberatkan ilmu pengetahuan sebagai agen perubahan sosial ekonomi kehidupan, diketengahkan dalam drama ini. Setiap drama yang dipilih adalah cerminan realiti ma syarakat yang menjadi refleksi untuk difikirkan bersama.
Downloads
