CHEMPAKA DENGAN PIANO

Authors

NISAH HARON

Keywords:

novel kanak-kanak, autisme, chempaka dengan piano, nisah haron, sastera, pena

Synopsis

Chempaka bukan seperti kanak-kanak lain. Dia sensitif terhadap bunyi, mudah terganggu, dan sukar menerima perubahan mendadak. Dunia ini terlalu bising untuknya. Namun begitu, ada satu perkara yang membuat dia tenang – Piano, kucing kesayangannya yang comel, gebu, dan selalu menghiburkan hati.

Piano bukan sekadar kucing biasa. Piano sangat memahami saat Chempaka perlukan ruang bersendiri. Dia suka bersembunyi di tempat pelik, seolah-olah bermain sorok-sorok dengan dunia, sama seperti Chempaka yang selalu “menyembunyikan” perasaannya.

Lawatan ke Petrosains bertukar cemas apabila Chempaka hilang kerana mahu melarikan diri daripada kebisingan. Mampukah Amir Mustafa, sahabat yang tidak diduga, membantunya menghadapi dunia?

Sebuah kisah menyentuh hati tentang persahabatan, penerimaan diri, dan melihat dunia dengan cara yang berbeza. Sesuai untuk kanak-kanak, ibu bapa, dan guru yang ingin memahami pengalaman kanak-kanak autistik dengan lebih baik.

Juga untuk peminat cerita tentang anime, manga, dan kucing yang comel!

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

NISAH HARON

NISAH BINTI HARON
AMBANK
009-201-500600-1

chempaka dengan piano

Forthcoming

9 May 2025

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-7760-46-9

Physical Dimensions