KALAU DATANG KE NEGARA KOTA, JANGAN ENGKAU BERLENGGANG SAJA
Keywords:
kumpulan puisi, sastera, nassury ibrahim, perihal hidupSynopsis
Anda tidak perlu datang ke kota untuk memahami geografi dan denyut nadi kota. Cukup dengan membaca dan menghayati sajak-sajak dalam Kumpulan Puisi Kalau Datang ke Negara Kota, Jangan Engkau Berlenggang Sahaja.
Hal ini kerana sajak-sajak dalam kumpulan ini merakamkan perihal hidup dan kehidupan warganya. Memang kota menyediakan pelbagai nikmat kepada penghuninya. Ada nikmat yang menggembirakan dan ada nikmat yang tidak menikmatkan. Semuanya bergantung pada keupayaan diri dan cara menangani segala fenomena yang ada di kota.
Sajak 3 dalam sajak bertajuk Tiga Sajak Kota – XVI misalnya, Nassury Ibrahim menegaskan, “Senyum-senyum kota/ depan manis belakang cerca” sebagai gambaran bahawa “Di mana ada nikmat dunia/ di situ ada nikmat akhirat.”
Justeru, Nassury berpesan “Kalau datang ke negara kota/ jangan engkau berlenggang sahaja.” Hanya orang yang rajin berusaha akan berjaya dan gembira hidup di kota.
Downloads
