PERWAYANGAN
Keywords:
kumpulan puisi, puisi, pena, sastera, moechtar awangSynopsis
Sajak Perwayangan kelihatan seperti pembinaan bentuk yang mempunyai dua struktur sebagaimana terdapat dalam tradisi pantun. Di tangan Moechtar Awang, "dunia bayang" - sebagaimana yang terdapat dalam pembayang pantun - dilukiskan dengan imej-imej peralatan yang bertaburan. Naskhah Perwayangan yang mengandungi 50 buah puisi, wajib diberikan perhatian yang tinggi daripada khalayak dan peminat sastera tanah air "Perwayangan" amat berlainan dari segi bentuk dan gaya penulisan Moechtar Awang dangan kumpulan puisi-puisi beliau yang terdahulu - Pasrah 1981 dan Caf 1983) Tenyata Moechtar Awang dengan sajak-sajaknya dalam kumpulan ini meluncur deras ke depan berbanding dengan sosok peribadinya - kelihatan tertinggal ke belakang. Di pantai, dialah mutiara yang akan melimpah ke lantai pasir susastera kita.
Downloads
