DUKA PADUKA
Keywords:
novel, sejarah, jati diri bangsa, pena, sasteraSynopsis
Paduka Raja Tun Abdul Jamil memiliki semangat juang luar biasa. Sebagai strategis suatu bangsa yang sohor, Paduka Raja Tun Abdul Jamil meletakkan jati diri bangsa ke tahap teragung. Paduka Raja Tun Abdul Jamil ialah pencetus gerakan seluruh dakar dalam darah anak jati Johor. Bagi Paduka Raja Tun Abdul Jamil, sekiranya anak jati Johor telah diterapkan dengan semangat cinta akan bangsa dan negeri, mereka tidak dapat tidak – akan menjadikan tanah tumpah darah ini nyawa dalam urat darah dan daging maruah. Mereka akan mengubah suatu sosiobudaya bangsa yang hanya berserah nasib kepada takdir. Paduka Raja Tun Abdul Jamil pemangkin jalur juang baharu dalam era empayar Kerajaan Johor. Namun begitu, di balik keagungan beliau, masih ada yang menyimpan jadam dendam. Siapakah dia yang tergamak merentap-ragut dan mengubah jalur juang seorang pejuang?
~ ~ ~
Berpegang dan percaya serta yakinlah bahawa pejuang yang sejujur-jujurnya pejuang ialah tuan hamba yang membaca titip tinta hamba ini. Tuan hambalah, warga Johor, bangsa Melayu yang selayaknya digelar dan diangkat sebagai pejuang. Terima kasih, tuan hamba semua kerana meyakini hamba - Paduka Raja Tun Abdul Jamil -
Downloads
