PUNCAK GELORA

Authors

AZMAH NORDIN
PENULIS

Keywords:

novel remaja, novel, azmah nordin, puncak gelora, sastera, pena

Synopsis

Saat bunyi haiwan ternakan yang dilepas bebas di sekitar kawasan rumah di pinggir hutan dan haiwan yang berkisar tenang di dalam kandang, serta haiwan rimba berhampiran yang bersahut-sahutan riang, dia terus-terusan ditusuki rasa kesal, kecewa, serba terhimpit, dan penuh keharuan. Seluruhnya bertumpang tindih, menikam kengiluan ke liang-liang romanya yang gersang, langsung mewabak ke hati, naluri, dan batinnya.

Serentak dengan itu, memang agak terlambat, tetapi pelbagai persoalan tentang hak diri sendiri secara peribadi, hak menentukan hala tuju negeri ini, dan untung nasib masa depan anak cucu yang cuba diperjuangkan, terbantut di tengah kerongkong.

"Mengapa, mengapa, mengapa?" tanya Sitti Sukma dalam hati, rusuh.

Lalu dia menanam tekad, akan dirempuh apa sahaja kesukaran dan rintangan yang datang, biarpun kedatangan penjajah yang tampak gah dengan pelbagai senjata api, biarpun kekuasaan mereka sekuat gempa bumi atau sehebat gelombang di tengah lautan. Atau seperti api yang disertai kepulan awan hitam yang berawangan mengitari alam ketika ditiup angin yang berpusar-pusar kencang dari arah rumah Xiu Ying dahulu. Atau seperti dia, yang akhirnya mempunyai cukup keberanian untuk merempuh semangat Gani, 15 tahun yang lalu.

"Jika tidak percaya, sila tanya Gani sendiri!"

Downloads

Download data is not yet available.
puncak gelora

Downloads

Forthcoming

22 August 2025

Categories

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-7760-58-2

Physical Dimensions