SYAIR LIRIK 2
Keywords:
syapen, syair pendek, sastera, puisi, roslan madun, penaSynopsis
Rakaman album Puisi Tradisional Komponen Sastera (KOMSAS) yang mengandungi syair, gurindam, nazam, dan seloka, telah dilakukan pada tahun 2007. Album tersebut telah dijadikan bahan pembelajaran di sekolah-sekolah. Kemudian, dijadikan pula bahan pertandingan syair di semua peringkat.
Teks-teks syair dalam album itu dipetik daripada buku-buku terbitan Dewan Bahasa Pustaka dan sumber-sumber lain.
Apabila dendangan syair berkembang pesat dan semakin banyak pertandingan serta persembahan diadakan, termasuk di peringkat antarabangsa, syair-syair pendek (syapen) mula ditulis untuk dijadikan teks persembahan dengan tema-tema tertentu.
Kumpulan Syapen Syair Lirik 2 ini ialah himpunan syair khusus untuk tujuan tersebut. Semoga penerbitan buku ini melengkapkan lagi khazanah syair dalam data perbukuan negara.
Downloads
