SANG BADUT - KUMPULAN MONODRAMA PENTAS
Keywords:
drama pentas, monodrama, sastera, joe kas, kisah perjalanan hidup, krisis identitiSynopsis
Kumpulan monodrama ini memuatkan lima buah kisah yang berlaku di sekitar hidup kita, tanpa kita sedar ataupun tidak.
“Rupawan” sebuah monodrama yang mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita bernama Rupawan, yang mengalami trauma daripada peristiwa tragis masa lalu dan kini hidup terpinggir sebagai gelandangan di lorong-lorong kota.
“Sang Badut” pula mengisahkan perjalanan hidup Usin, seorang lelaki yang bekerja sebagai badut dalam sebuah produksi sarkas dan terbelenggu dalam identiti yang tidak diingininya.
“Air Mata Gaza” membentangkan kisah Hussam, seorang mangsa perang di Gaza yang mengalami kehilangan dan penderitaan akibat konflik berkepanjangan dengan rejim Zionis. Setelah dibebaskan dari penjara Israel, Hussam kembali ke tanah airnya yang telah hancur untuk mempertahankan Palestin dan meneruskan perjuangannya.
“Kepompong” menyelami konflik dalaman seorang individu bernama Nusa, yang berhadapan dengan krisis identiti dan jati diri sebagai pejuang bangsanya. Plot dalam karya ini bergerak secara linear, tetapi dipenuhi dengan lapisan emosi, daripada perasaan terperangkap hingga mencapai kesedaran diri.
“Modus Operandi” membawa penonton dan pembaca menelusuri kisah hidup tragis seorang lelaki bernama Black, yang menjadi mangsa manipulasi dan kerakusan kuasa.
Downloads
