BIDADARI GELANDANGAN

Authors

HAMIZUN SYAH
PENULIS

Keywords:

kumpulan cerpen, sastera, pena, hamizun shah, bidadari gelandangan, makhluk asing

Synopsis

Sudah menjadi kebiasaan sejak zaman-berzaman, manusia hanya tahu mempertikaikan sebab musabab kejatuhan. Mengintai aib setiap insan yang dilanda kejatuhan sehinggakan sanggup sampai ke lubang mata Dajal. Satu per satu keaiban tersebar melalui skrin-skrin minda yang letaknya di telapak tangan, dikawal oleh jari-jemari tidak berakal. Maka melandalah taufan cemuhan membawa ke ribut kutukan lalu berpusar-pusar puing-puing fitnah atas kejatuhan. Lantas kejatuhan langsung tidak berpeluang untuk membela diri. - Petikan cerpen "Ideologi Uban" - 

 

Berikut adalah catatan Tok Penghulu dalam akaun Facebooknya:
Tidak mustahil dalam tempoh terdekat ini ada sekumpulan makhluk asing akan mendarat di Tajar. Bunyinya agak menyeramkan, tapi usah risau, mereka bukan datang membawa ancaman. Makhluk asing ini dipanggil Pashko. Menurut maklumat yang Tok peroleh, makhluk asing ini memiliki kepala berbentuk kon dan tidak berambut. Di puncak tirus itu terletak satu mata. Jangan bimbang, Pashko bukan Dajal. Perut mereka pula berbentuk bulat dan leper seperti dulang besar. Kaki dan tangan pula pendek dan berbulu tebal. Anggota lain tidak berbulu. - Petikan cerpen "Maklumat Tentang Pashko"-

 

Gabungan api dan angin semakin menjadi-jadi, Kehangatan meresap ke dalam laut, menyerap ke sintal tanah, Kehangatan membakat kulit bumi dan isi dalamannya, membunuh semua mikro dan merentungkan urat urat tanah. Ternyata angin dan api bijak memainkan peranan. - Petikan cerpen "Kronologi Semula Jadi" -

Downloads

Download data is not yet available.
bidadari gelandangan

Forthcoming

14 March 2025

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-7760-20-9

Physical Dimensions