PERCAKAPAN DARI RIMBA MANUSIAWI
Keywords:
falsafah, sahabat, perhubungan, manusia, tuhan, sasteraSynopsis
Penyair memperlihatkan kematangan mengupas hal-hal yang sangat dekat dengan dirinya. 50 buah puisi dalarn kumpulan ini mengetengahkan falsafah diri yang tidak dapat dipisahkan dengan persekitaran hidup. Hal ini dinukilkan dalam sajak beríudul "Ratib Falsafah", iaitu;
Oh, falsafah!
aku tahu asal usulmu
dari tanah kau mencipta huruf
dari air kau mencipta perkataan
dari api kau mencipta frasa
dari angin kau mencipta nama.
Cis!
tanah, air, api dan angin
kembalillah kau ke asal diri
tak pernah aku seru kau menjadi falsafah
tak pernah aku undang kau menukil ilmu
tak perngh aku minta kau mendewata bijaksana.
Aduhai, aduhai, aduhai!
kembalilah kau ke asal diri
aku hanya ingin
menjadi segumpal cinta
pasrah bergulung dalam gelombang diri.
Madrasah Sham al-Johori
Downloads
