SEINDAH NAMAMU, ANNCHI
Keywords:
novel, novel remaja, sastera, persahabatan, seindah namamu, annchiSynopsis
Mei Ann Chi – begitulah nama itu. Nama yang mula meniti di hati Nurul Ain dan Siti Zulaikha. Nama yang membawa keakraban dan kasih sayang saat mereka meniti usia kanak-kanak di sekolah yang sama, iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Iman. Meskipun berbeza latar belakang, adat resam dan budaya, hidup hubungan mereka bertiga bagaikan diikat dengan simpulan kasih sayang dan kekeluargaan di sebuah kampung bernama Kampung Dusun Nyiur. Ibu bapa Mei Ann Chi yang menetap di ibu kota berhasrat membawa anak itu menyambung persekolahan di sebuah sekolah swasta di ibu kota. Akan tetapi, hasrat itu cuba dihalang oleh guru-guru sekolah kerana Mei Ann Chi telah membawa imej yang baik kepada sekolah dengan bakat dan kemahiran yang ada padanya. Berjayakah usaha mereka menghalang hasrat luhur itu demi memastikan gadis kecil itu terus menyunting toleransi dan muhibah yang lama terjalin? Apakah perasaan Nurul Ain dan Siti Zulaikha andai benar perpisahan antara mereka tidak dapat dielakkan? Mereka ibarat kiambang yang mekar di kolam persahabatan dan keakraban
Downloads
