RAJA MUDA SATERIA, LELA SARI, DAN BIDUANDA KECIL - KUMPULAN SKRIP BANGSAWAN KANAK-KANAK

Authors

FAZIAH SULAIMAN
AQIL AZFAR MOHD AZRI
ILUSTRASI
FATTAH GHULAM RASUL
ILUSTRASI

Keywords:

drama pentas, cerita rakyat, cerita bangsawan, watak protagonis, sastera

Synopsis

Sama seperti teater untuk kanak-kanak, bangsawan untuk kanak-kanak juga perlu mengandungi ciri-ciri khusus supaya ia sesuai untuk khalayak sasar. Antaranya adalah watak-watak utama cerita terdiri daripada kanak-kanak daripada kumpulan umur berkenaan.

Hal yang demikian kerana watak protagonis terutamanya, perlu menjadi tarikan utama khalayak, sama ada pembaca naskhah atau penonton persembahan. Watak tersebut sebaik-baiknya menjadi tumpuan dan khalayak dengan cepat meletakkan diri mereka di tempat watak itu, sehingga turut memberikan simpati atau mengaguminya.

Selain watak, cerita yang dipaparkan juga perlu sesuai dengan lingkungan usia kanak-kanak, tanpa menyogokkan isu atau persoalan yang hanya difahami orang dewasa. Kumpulan Skrip Bangsawan Kanak-kanak Sateria, Lela Sari, dan Biduanda Kecil ini lengkap dengan ciri-ciri tersebut.

Di samping memperlihatkan binaan struktur cerita bangsawan yang bermula dengan masalah di istana atau kediaman protagonisnya, diikuti dengan pengembaraan watak protagonis yang menghadapi pelbagai cabaran, sehingga akhirnya memperoleh kejayaan.

Downloads

Download data is not yet available.
raja muda sateria, lela sari, dan biduanda kecil

Published

6 July 2025

Categories

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-7760-59-9

Physical Dimensions