MENENTANG DURI
Keywords:
pejuangan hidup , kehidupan, semangat, menentang duri, sasteraSynopsis
Masuklah ke dalam naskhah Kumpulan Puisi Menentang Duri sebagai pejuang yang memikul sarat kehidupan. Di dalamnya kita akan sama-sama meluahkan rasa yang terpendam, saling memahami kelelahan diri.
Liku-liku hidup ini selain dipenuhi duri dan kerikil tajam, ada titis-titis perjuangan berbau keringat mahupun darah yang tumpah bukan kerana menyerah.
Kita memilih untuk percaya kepada langkah pada malam gelita dengan sebatang mancis di tangan, atau menunggu nyala obor dari tangan yang menyembunyikan kilat pisau di belakang?
Di samudera kehidupan ini, Kumpulan Puisi Menentang Duri sedang mengibarkan layar perahu yang kembang dengan sorakan, “Kita pasti menang sampai ke seberang.”
Downloads
