MASUK KE DALAM HUJAN
Keywords:
kumpulan puisi, sastera, sahabat, keluarga, masyarakatSynopsis
Masuk ke Dalam Hujan membawa khalayak untuk sama-sama basah dan lebur dalam gumpalan diksi. Buku ini menyajikan 50 buah sajak dengan idealisme rencam tentang diri, keluarga, sahabat, cinta, masyarakat, dan lain-lain. Di tepi jendela jiwa yang bergetar, Masuk ke Dalam Hujan ialah refleksi yang merayakan keajaiban dan kesyahduan kata-kata. Dalam setiap bait, suara rintik hujan menciptakan melodi yang memadukan getar suara penyair. Sajak-sajak yang digarap penulis mengajak pembaca untuk menelusuri pelbagai nuansa hujan daripada - hujan gerimis yang lembut hingga hujan lebat yang mengamuk. Melalui kumpulan puisi remaja ini, Nimoiz T.Y menghantar kata-kata yang puitis, namun ada ketika penuh dengan kesederhanaan. Bagi beliau, setiap tetes hujan menjadi inspirasi pengkaryaan. Selamat memasuki celah-celah hujan yang penuh pesona, dan hujan bercerita dengan rintik pesona kata-kata.
Downloads
