HURUF-HURUF SUNYI
Keywords:
huruf-huruf sunyi, sastera, pengertian ibadah, petunjuk kehidupanSynopsis
Puisi-puisi dalam Huruf-huruf Sunyi dihasratkan untuk menyingkap tanda-tanda agar kita lebih mengenal Allah Taala dengan penuh keyakinan dan kebenaran. Puisi digunakan untuk mengetengahkan konsep petunjuk yang mentakrif pengertian ibadah di sisi Allah Taala. Berdasarkan keterangan Nabi Muhammad SAW dan para ulama, pengertian ibadah yang sempurna merangkumi kedua-dua ilmu tauhid dan ibadah yang dituntut oleh ilmu tasawuf.
Puisi-puisi dalam Huruf-huruf Sunyi ini dicipta khas dengan harapan dapat menjadi petunjuk yang menyelamatkan umat Islam supaya sempurna ibadah dan keimanannya di sisi Allah yang bersifat tunggal pada Zat-Nya dan berbeza daripada segala sifat yang baharu.
Dalam puisi ini, konsep ibadah dilayarkan bagaikan sayap burung yang diterbangkan di angkasa Ilahi, dengan kebenaran suci-Nya yang tersendiri.
Downloads
