PENGEMBARAAN IMAN DAN SI LABU
Keywords:
pengembaraan iman dan si labu, sastera, novel kanak-kanak, mencari ibu, mencari anak-anakSynopsis
Iman termampak trak polis baru sampai. Dia juga ternampak van bertulis "Jabatan Kebaikan Masyarakat."
Lelaki yang di hadapan Imanitu terus memegang tangan Iman. Iman ketakutan. Kalau dia ditangkap polis, semakin malang nasibnya. Iman meronta dengan kuat. Pegangan lelaki itu terlepas. Iman lalu berlari dengan laju. Dia mencari Labu.
Iman telah meninggalkan rumah Pak Ngah bersama-sama Labu. Iman mahu mencari ibunya dan Labu mahu mencari anak-anaknya. Kini dia terpisah dengan Labu dan terperamgkap di Stesen Bas Seremban. Apakah Iman perlu berpatah balik dan kembali ke Pedas? Tidakkah itu itu nanti akan menemukannya semula dengan Zariq dan kawan-kawannya yang mungkin berdendam dengannya.
Misi Iman mencari ibunya dan misi Labu mencari anak-anaknya tidaklah mudah. Mereka menemui pelbagai halangan dan cabaran yang tidak dijangka. Apakah nasib Iman akan berakhir di Sekolah Henry Gurney dan Labu akan menjadi kucing gelandangan?
Nikmatilah Pengembaraan Iman dan Si Labu untuk merungkai kisah dan pengakhirannya.
Downloads
