KAHIN YANG MENENGGELAMKAN DUNIA HOMINES

Authors

Ruzaini Awang

Keywords:

kumpulan cerpen, sastera, atmosfera minda, hati manusia, kehidupan

Synopsis

Kumpulan cerpen Kahin yang Menenggelamkan Dunia Homines merupakan manifestasi kehidupan sebenar masyarakat sosial di bawah realisme sosial ini membawa manusia kepada hikmah yang berlaku atas ketentuan-Nya. Ada beberapa daripadanya disulam dengan beberapa aspek realisme magis bagi membuahkan makna seni indah berbahasa dalam berkarya.

Kumpulan cerpen ini menampilkan 12 karya yang membawa atmosfera minda dan hati manusia kepada pembaca tentang makna kehidupan sebenar, iaitu nikmat kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sebagai insan, kita tidak mahu menjadi seorang kahin yang tenggelam dengan nikmat dunia, sebaliknya kekal belayar di bawah naungan Pencipta sebagai manusia yang sentiasa berpegang kepada konsep wasatiyyah dan sejahtera madani.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Ruzaini Awang

RUZAINI AWANG merupakan seorang penulis yang mula bergiat aktif dalam bidang bahasa dan sastera sejak tahun 2007. Aktif menulis dalam pelbagai genre seperti puisi, prosa dan esei kritikan. Penulis berasal dari Kinabatangan Sabah dan merupakan seorang guru Bahasa Melayu di SMK Bukit Garam II Kinabatangan, Sabah. Kini, penulis merupakan salah seorang Munsyi Dewan (Bahasa) 2021 dan juga Munsyi Dewan (Sastera) 2023 di Malaysia. Aktif menulis sejak di bangku Universiti Putra Malaysia pada tahun 2007 malah karya ilmiah dan kreatif beliau banyak tersiar di dalam akhbar Berita Harian, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Harian Ekspress serta majalah terbitan DBP Pusat dan Sabah sama ada artikel ilmiah bahasa dan sastera dalam genre puisi dan prosa. Penulis juga meraih anugerah penghargaan bagi kategori cerpen dalam Sayembara Menulis Karya Kearifan Tempatan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOTAC) dan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Sabah pada tahun 2023 dan Hadiah Menulis Harian Ekspress, BAHASA dan Kerajaan Negeri Sabah 2024. Kini, penulis juga merupakan Ahli aktif persatuan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

kahin yang menenggelamkan dunia homines

Forthcoming

20 March 2025

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-967-5485-93-0

Physical Dimensions