DI LANGIT, AKU MENUNGGANG BULAN

Authors

SAIFUL GHAZALI

Keywords:

kumpulan puisi, sastera, di langit, aku menunggang bulan, saiful ghazali, pena, puisi

Synopsis

Kumpulan puisi Di Langit, Aku Menunggang Bulan merupakan sebuah rakaman emosi, memori serta bermacam-macam unsur jiwa yang berkicau dalam diri penulis. Unsur-unsur kejiwaan ini dlteriemahkan dalam kajang puisi supaya jejak kedewasaan tidak dihanyutkan oleh hujan penuaan. Benar, seteguk air yang disuap daripada muara kesusasteraan terlalu melegakan.

Menerusi Di Langit, Aku Menunggang Bulan, penulis cuba membayangkan dirinya berada di antara cahaya senja dan gelap malam yang saling berganti. Cahaya pergi bagaikan bisikan lembut alam dan kegelapan hadir mendinginkan ruang-ruang hangat yang tiada rupa. Terzahir atau tidak bukanlah persoalan pangkal kerana cahaya dan kegelapan saling berganti menurut kehendak Tuhan.

Di Langit, Aku Menunggang Bulan menjadi lensa saksi ketika "melihat bumi berputar songsang, dan para bintang bernyanyi mengoleng langit kelam."

Downloads

Download data is not yet available.
di langit, aku menunggang bulan

Published

3 January 2025

Categories

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-967-5485-65-7

Physical Dimensions