TEATER KITA WAJAH KITA

Authors

HASSAN HJ. SAPRIN
PENULIS

Keywords:

drama pentas, teater, drama, sastera, pena, hassan hj saprin

Synopsis

Drama atau Teater adalah karya sastera dialogis  (bersifat terbuka dan komunikatif). Karya adalah cerminan kehidupan. Drama hadir atas dasar imaginasi terhadap kehidupan kita.

Keserakahan dan kepincangan masyarakat sering menjadi momentum penting dalam drama. Inti drama tidak lepas daripada sebuah tafsiran kehidupan. Bahkan apabila dinyatakan, drama sebagai tiruan (mimetik) terhadap kehidupan juga tidak keliru.

Seniman teater biasanya cermat membaca kehidupan di sekitarnya. Bacaan itu ditafsir, kemudian dihasilkan dalam naskhah atau teks. Teks itu ditafsirkan lagi oleh sutradara supaya menjadi garapan yang menarik. Arahan sutradara juga ditafsirkan oleh pelakon.

Apa-apa yang muncul daripada pelakon ataupun yang berlaku di atas pentas, sering ditafsirkan oleh penonton. Drama yang baik memungkinkan penonton cepat belajar daripada konvensi drama.

Maka, drama atau teater itu selalu mempunyai tafsir yang pelbagai, menghadirkan lapis-lapis tafsiran yang tidak pernah ada henti-hentinya. Drama menjadi simbol, perupa, metafora, alegori, dan personifikasi kehidupan sosial, bahkan drama yang absurd juga tidak hanya fantasi, melainkan sebuah simbol bermakna. Maka itu kita perlu MENDEKATI TEATER, kerana TEATER KITA WAJAH KITA “Memanusiakan Manusia”.

Downloads

Download data is not yet available.
teater kita wajah kita

Published

1 July 2025

Series

Categories

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-7760-51-3

Physical Dimensions