WANITA PENGGESEK BIOLA

Authors

OSMAN AYUB
PENULIS

Keywords:

kumpulan cerpen, sastera, kemanusiaan, hubungan sesama insan, osman ayub, perjuangan

Synopsis

Kumpulan cerpen hasil garapan cerpenis Osman Ayob ini mengandungi 10 buah cerpen yang menampilkan sensitiviti kepengarangan yang prihatin terhadap persekitaran yang bergolak dengan pelbagai kisah dan peristiwa masa kini.

Persoalan rentas budaya dan bangsa terungkap dalam Wanita Penggesek Biola. Cetusan COVID-19 memaparkan bagaimana seorang wanita terhimpit dengan kehidupannya lantaran tidak dapat mengadakan pertunjukan sedangkan anaknya sakit. Di sini, faktor kemanusiaan memainkan peranan merapatkan nilai kejiranan yang tinggi, sedangkan jiran sebelah yang sebangsa dengannya mengambil sikap bermusuhan lantaran lagu yang dimainkan menyentuh sensitiviti ke arah kematian.

Cerpen-cerpen lain juga bersandarkan kepada nilai kemanusiaan dan hubungan sesama insan yang sentiasa berjuang untuk survival. Ia mencakupi persoalan yang menghendaki manusia terus berjuang mengikut kehendak dan perkembangan masa yang sentiasa berubah. Ini secara langsung melibatkan peranan alam dan makhluk lain yangmenggugah keharmonian insan sejagat.

Downloads

Download data is not yet available.
wanita penggesek biola

Published

8 April 2025

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-7760-11-7

Physical Dimensions