LELUHUR
Keywords:
leluhur, novel, sastera, novel dewasa, pena, amer hmzah l. kadirSynopsis
Leluhur umpama sebuah lukisan besar bangsa Melayu yang pernah menguasai satu penjuru dunia, Sharsuman, Denia dan Hasan antara bukti terpadamnya diaspora bangsa Melayu ke Eropah. Mereka adalah antara bukti bangsa Melayu yang terlibat dalam persaingan penjajah Eropah apabila menyertai The Curse Regiment di bawah perintah Napoleon Bonaparte dan The 19th Malay Regiment of British Royal Army.
Bangsa Melayu ialah bangsa penguasa laut dan ekonomi lautan suatu ketika dahulu dan bukti ini sukar diterima sehingga kini. Kunci kehebatan bangsa Melayu sudah berada di tangan dan kelab rahsia bangsa Melayu semakin terbuka pintunya.
Bangsa Melayu, dalam diam dilihat sebagai ancaman bangsa Yahudi yang juga bercita-cita menguasai dunia. Seberapa banyak bukti dan kekayaan bangsa Melayu dahulu kini tersimpan di lstana Jawi yang sarat dengan rahsia ketamadunan Melayu.
Leluhur mencatat suatu persaingan kecil yang bakal membuka pintu besar menjadi bukti suatu ketika dahulu Melayu sebenarnya sudah mendunia. Catatan Nenda Kuale dan Opusculus Aquila adalah antara teka-teki yang tersimpan dan diwariskan oleh leluhur agar terjawab segala persoalan, Malangnya, mereka umpama sekawan helang yang saling bersaing merebut cdaratan yang sama.
Downloads
