ROHAM (INTUISI INDIGO MIMPI)
Keywords:
skrip drama pentas remaja, kemerdekaan, perang, kuasa, sasteraSynopsis
"Ini bukan soal kemasyhuran, bukan juga soal perang merenggut kuasa empayar yang berulir di Melaka. Namun, ini soal keuntungan dua alam - kerajaan dan benua yang mahu digenggam." -RADEN PUTERI
“Apabila berada di sebuah persimpangan, ketika engkau diminta untuk memilih antara kuasa dan pendirian perjuangan, manakah satu yang akan kau pilih?” - SYED MASHOR
"Kita akan cetuskan peperangan yang paling dahsyat. Peperangan melawan kerajaan Rakussa dan pengikut setianya, Boron! Rakussa dan Boron telah membunuh semua kedewasaan di alam ini.” - ROHAM (INTUISI INDIGO MIMPI)
“Sabar itu keindahan, dan satu kemenangan! Aku tak mahu kemarahan membeli kau. Aku mahu kau menang dengan kesabaran. Sebagai kawan, aku akan menemani perjalanan ini, sehingga kau menuu kebahagiaan.” - SAHABAT
“Saya terlalu sayangkan kemerdekaan ini. Saya masih ingat pesan Abang Rahman. Merdeka bukan sekadar laungan. Merdeka itu satu pimpinan untuk masa hadapan. Merdeka itu satu sejarah yang harus difahamkan.” - ANJUNG MERDEKA
Petikan dialog daripada lima naskhah inl menyampaikan semangat, harapan, dan persoalan moral yang abadi. Koleksi ini bukan sekadar naratif dramatik pendidikan berasaskan hiburan, malah merupakan lontaran seruan untuk mengajak remaja mendalami erti keberanian, cinta, dan perjuangan.
Chapters
-
Roham (Intuisi Indigo Mimpi)Kumpulan Skrip Drama Pentas Remaja
Downloads
