SEKUNTUM BUNGA KAPAS

Authors

AMINAH MOKHTAR
Kumpulan Cerpen

Keywords:

kumpulan cerpen, kehidupan orang sakit, memanusiakan manusia, jatuh bangun kehidupan

Synopsis

Lantai hospital ialah ladang kehidupan yang benar-benar mengenal manusia dan segala yang hadir di dalamnya. Kemanusiaan dan kesakitan. Para medik, para ilmuwan menggalas tanggungjawab besar merawat untuk menyembuhkan kesakitan jasmani dan kesengsaraan rohani. Menghindar daripada segala ancaman ketidakstabilan perasaan dan kecelaruan fikiran.

Sekuntum Bunga Kapas menghimpun cerita duka, cerita kesakitan, cerita penderitaan dan cerita orang sakit, dikaji sebab asbab hingga ke akar umbi dan diberikan rawatan paling berkesan agar aman minda, tenteram sanubari dan sihat tubuh badan

menjadi milik kehidupan.

Sekuntum Bunga Kapas menghimpun segala liku, segala usaha dan segala payah memanusiakan manusia, yang kadang-kadang menang, kadang-kadang tewas menggalas ujian agar mampu berlari di litar kehidupan, biar rimpuh namun semangat tetap ampuh. Rekonstruksi fikiran dan perasaan yang terganggu dan tercedera dilanda gelombang kehidupan, terbangun gagah menjadi indah cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Sekuntum Bunga Kapas jihad sastera menyejahterakan insan dan keinsanan.

Downloads

Download data is not yet available.
sekuntum bunga kapas

Forthcoming

30 June 2025

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-967-5485-79-4

Physical Dimensions